





Kami tidak puas hati, dan kami mengambil keputusan pegi ker hospital swasta berdekatan untuk pendapat kedua. Doctor kenalan ibu mencadangkan agar kaki Dania disimen untuk hasil lebih baik. Beliau mengarahkan kami ke Unit Orthopedic di hospital kerajaan tersebut untuk mendapatkan rawatan.Sejak dari itu kaki Dania disimen yang dilakukan oleh pembantu hospital sahaja. Disini naluri ibu saya dicabar kerana Dania menangis dan melalak tanpa henti.
Setelah 2 bulan bersimen, masih tidak banyak berubahan. Kakak ipar saya mencadangkan kami ke HKL untuk rawatan selanjutnya dan kakak memberitahu ramai pesakit yang mempunyai masalah clubfoot mendapatkan rawatan di HKL. Kami pon memindahkan kes Dania ke HKL. Pada masa yang sama kami juga melayari internet untuk mencari jawapan.
Pada masa ini, saya sudah mengalami sakit kepala yang teramat sangat. Saya tidak berjaya menyusu badan anak saya lebih dari 3 bulan kerana saya perlu mengampil pil anti sakit untuk masalah sakit kepala.
Di HKL, pakar Orthopedic yang membuat simen/'casting'. Nampak perubahan sedikit tetapi masih belum meyakinkan lagik. Dania masih menangis, melalak. Airmata mmg nak gugur dah setiap kali Dania disimen.Dania dijadualkan menjalani satu pembedahan 'tenotomy' iaitu memotong tendon yang degil. Tidak ada satu doktor pon menerangkan kepada kami kenapa pembedahan ini perlu dilakukan, berapa lama, apa yang mereka akan buat, dan berapa lama tempoh penyembuhan.
Dania kes yang pertama dan pada pukul 1o pagi doctor membuat lawatan. Pakar Kanan yang hadir ada mengatakan yang sebenarnye kaki Dania belum sedia untuk pembedahan. Tapi mereka masih melakukannya. Saya simpan perasan marah sebab saya sakit kepala. Pakar tersebut ada mengatakan mereka akan bantu apa yang boleh untuk Dania. Kaki dania disimen selama 2 bulan. Pakar yang membuat pembedahan ini adalah lelaki. Kami ingat muka doktor ini sebab muka dia pucat semasa Dania datang untuk pemeriksaan susulan.
3 bulan kemudian, Dania di jadualkan untuk pembedahan kali ke-2. Oh ye kedua2 pembedahan ini dilakukan di dalam Bilik Pembedahan Paedetric. Pembedahan yang ke-2 mengambil masa yang agak lama dari pembedahan yang pertama. Kali ini saya diberitahu Pakar perempuan yang akan menjalankan pembedahan tersebut. Kami juga diberitahu bahawa Pakar yang membuat pembedahan pertama Dania tempoh hari sakit teruk. Kaki Dania disimen sehingga 2 bulan.
Hari Raya pertama Dania, kakinya bersimen. Tapi Dania masih kecil untuk memahami semua yang dialami olehnya. Saya masih lagi sakit kepala, berdenyut dan tapi saya masih gagah untuk pegi bekerja.
Suami saya ditugaskan berkerja di Canada pada Nov 2007 selama sebulan dan saya ditinggalkan sendirian bersama Dania. Walaupon kepala saya berdenyut dan sakit sangat teruk, saya berjaya memandu dari Subang Jaya ke HKL. Saya pernah pengsan dirumah ketika bersama Dania. Suami saya sempat menelefon ibu saya untuk datang menjenguk.
Kepulangan suami saya diraikan di Hotel Legends tetapi saya pengsan lagi ketika berada di hotel tersebut. Pakar di SJMC mengatakan jangkitan telinga semakin pulih dan Pakar disebuah hospital kerajaan menjadualkan saya membuat CT Brain scan setelah saya mengadu penglihatan kabur dan saya tidak boleh berjalan lurus. Pada masa ini Dania masih bersimen.
Nak lihat cara simen HKL?
Oleh kerana saya dianugerah oleh Allah swt dengan semangat yang kental, saya diberi peluang untuk hidup untuk kali kedua setelah selesai menjalani pembedahan 10 jam untuk membuang ketumbuhan di dalam otak (Brain tumor) pada 18 January 2008.
Saya dan ibu saya pergi ke Umrah pada April 2008, untuk sujud syukur atas Nikmat Allah berikan saya dan saya juga tidak putus2 doa untuk melihat kaki Dania sembuh seperti kanak2 biasa.
Doa saya dimakbulkan. Alhamdullilah. Setelah saya pulang, Saya sepatutnye membawa Daia ke HKL untuk pembedahan kali-3. Entah apa pulak yang hendak dibuat pakar2 ini. tetapi hati saya sangat berat dan saya menulis email kepada Dr Ponseti dan Dr Matthews Dobb utk mendapatkan pendapat mereka.
Dalam tempoh 24 jam, saya mendapat jawapan dr mereka dan mereka setuju dengan tindakan saya yang tidak membenarkan apa2 lagi pembedahan dilakukan kepada kaki Dania. Dr Ponseti juga mengkritik cara simen yang dilakukan oleh pakar HKL dan juga dia juga mengatakan kaki Dania belum pulih sepenuhnya walaupon setelah ada 2 pembedahan dilakukan.
Dr Ponseti mencadangkan kami ke Bangkok dengan segera untuk rawatan yang lebih bagus. Kami berangkat ke Bangkok setiap minggu bermula May 2008. Dengan sekali simen sahaja, perubahannye sungguh ketara. Kaki anak saya tidak jengket lagik. Ada pakar di HKL mengatakan kaki anak saya pendek sebelah dan kaki anak saya tidak boleh diperbaiki dengan hanya cara bersimen. isk isk isk. Nak lihat cara Dr Amnuay simen kaki Dania?
Kaki Dania perlu diawasi sehinggalah umurnya mencecah 4-5 tahun. Kalau umur saya panjang, insya allah saya akan bantu mana yang saya terdaya kepada ibubapa yang senasib dengan saya. Doakan lah saya yang masih bersusah payah melawan ketumbuhan otak yang khabarnya datang balik ni!..iskkk
Sekiranya ada pertanyaan, saya boleh dihubungi dengan email di zarinawatims@yahoo.com
facebook Zarinawati dan juga Yahoo Mesengger.
Semoga hari-hari kita diberkati..insya allah..
Ini gambar kaki Dania yang mungkin sekarang kalau orang tengok, mereka tidak akan percaya Dania ketika dahulu mempunyai kaki clubfoot..:)


