Monday, December 7, 2009

Sapa dah baca artikel ni

arkib Utusan Mingguan 06/12/09
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my


KISAH gadis kaki terbalik di New York tahun lalu menarik perhatian masyarakat dunia. Sejak dilahirkan 15 tahun lalu, Jingle Luis, tidak pernah tahu bagaimana rasanya berjalan menggunakan tapak kaki tetapi gadis itu reda dengan keadaannya.
Dilahirkan di Filipina dengan bahagian kaki depan menghala ke belakang dan tapak kaki berada di atas, Jingle cuma menggunakan tongkat ketiak
untuk mengheret apa yang sepatutnya menjadi bahagian atas kakinya.
Namun, jika segala-galanya berjalan lancar, Jingle tidak perlu lagi berdepan dengan keadaan itu. Dia dan ibunya meninggalkan Filipina untuk mengunjungi sebuah hospital di New York bagi menjalani pembedahan dan rawatan susulan untuk membetulkan keadaan kakinya sehingga dia dapat berjalan seperti orang normal.
Kes Jingle nyata lebih teruk berbanding yang biasa dilihat oleh doktor di negara -negara maju.
"Bercakap secara jujur, dengan teknologi moden, ia tidak sampai ke tahap ini," kata Dr Terry Amaral, pakar bedah ortopedik pediatrik yang melakukan pembedahan itu di Hospital Kanak-Kanak di Pusat Perubatan Montefiore.
Keadaan kaki terbalik atau kaki bengkok (clubfoot) adalah bentuk kecacatan biasa, yang terjadi kira-kira satu dalam 1,000 kelahiran. Kanak-kanak biasanya dirawat ketika masih bayi dengan acuan dan alat sokongan dapat membetulkan kedudukan kaki.
Ia menjadi semakin sukar untuk dirawat jika tidak dibetulkan sejak awal. Amaral berkata, kes Jingle sukar dengan hakikat keadaannya dikaitkan dengan kerosakan pada tulang belakang. Petikan kisah ini sebahagian daripada pesakit yang terpaksa menerima keadaan dirinya yang cacat.
Pakar bedah ortopedik Pusat Perubatan Mahkota (MMC), Melaka, Dr. Thirukumaran Subramaniam memberitahu, kaki bengkok atau lebih dikenali sebagai clubfoot merupakan salah satu daripada kecacatan pada kaki yang kerap dialami oleh seseorang bayi sejak dilahirkan.
Sehingga kini punca sebenar masalah ini masih tidak diketahui.
Terdapat pelbagai teori dikaitkan berhubung punca masalah ini. Bagaimanapun, ibu-ibu yang mempunyai anak yang mengalami masalah ini tidak perlu bimbang kerana ia bukan berpunca daripada sebarang tindakan atau perlakuan mereka yang dilakukan semasa hamil.
Dr. Thirukumaran menjelaskan, semasa tempoh kehamilan otot-otot dan ligamen kaki tersebut gagal untuk berkembang seiring dengan pembentukan kaki tersebut.
Sehubungan itu, otot dan ligamen pada bahagian belakang kaki menjadi pendek. Keadaan ini menyebabkan kaki bengkok ke bawah dan terpusing ke dalam. Malah, keadaan ini juga menyebabkan tulang kaki berada dalam kedudukan yang tidak betul.
Sekiranya keadaan ini dibiarkan, lama-kelamaan bentuk tulang akan berubah.
Sekiranya kanak-kanak tersebut dibiarkan tanpa rawatan, kecacatan ini akan menjadi lebih teruk dan akan berkekalan.
Ini termasuklah kesukaran untuk berjalan dan memakai kasut.
Pembedahan
Rawatan kaki bengkok ini bertujuan mendapat dan mengekalkan kaki yang hampir dengan kaki normal. Bagaimanapun, rawatan ini menggunakan pelbagai kaedah bergantung kepada keadaan kaki tersebut.
Namun, rawatan membetulkan masalah kaki bengkok ini haruslah dilakukan seawal mungkin.
Misalnya, pada peringkat awal rawatan kaki bayi tersebut akan diperbaiki secara berperingkat-peringkat dengan melonggarkan otot-otot dan ligamen yang ketat dengan menggunakan simen.
Simen yang dipasang pada kaki bayi terbabit akan ditukar dengan simen yang baru pada setiap minggu.
Penggunaan simen dalam tempoh permulaan ini bertujuan untuk meluruskan kaki yang bengkok berperingkat-peringkat.
Namun, sekiranya rawatan ini tidak begitu berkesan, doktor akan mengesyorkan untuk menjalankan pembedahan ke atas kanak-kanak terbabit.
Menurut Dr. Thirukumaran, pembedahan untuk penyusunan semula anggota kebiasaannya dibuat di pusat universiti dan jarang dilakukan di hospital swasta mahu pun kerajaan.
Pembedahan ini juga sangat mahal dan ramai pesakit yang tidak mampu membayar kos pembedahan.
"Namun, MMC menerima menerima pesakit sama ada tempatan atau luar negara. Ramai pesakit yang mendapat rawatan berasal dari Melaka," katanya.
Dr. Thirukumaran menjelaskan, asas kepada pembedahan ini ialah, apabila anda tidak boleh membaikinya, anggota anda akan disusun semula.
Tambah beliau, ada kes yang susah untuk dipulih dan pembedahan ini bukan satu alternatif yang baik.
Namun, pembedahan ini penting untuk mereka yang tempang, capik atau lumpuh sebelah kaki.
Dengan kemajuan teknologi dan sains, pesakit yang dibedah akan berasa lebih selesa dan dapat menempuh kehidupan yang normal. Justeru itu, ia membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) daripada kecacatan khususnya yang melibatkan anggota badan seperti kaki.
Kecacatan kaki terbalik ini terdiri daripada beberapa situasi. Ada yang mengalami kecacatan sejak lahir. Terdapat juga kes kecacatan akibat kemalangan dan trauma yang perlukan pembedahan.
"Kira-kira 80 peratus keputusan kes terjadi kerana kemalangan dan sangat rendah kecacatan terjadi disebabkan kelahiran," ujar beliau.
Kos pembedahan bergantung kepada keadaan pesakit. Kebanyakan kes memerlukan perbelanjaan RM 15,000 hingga RM 200,000 dan setengah rawatan memerlukan 12 pembedahan. bagi setengah kes, ada juga pesakit yang perlu memakai kaki palsu selepas pembedahan.
Pembedahan bayi kaki bengkok
Pembedahan biasanya dilakukan semasa bayi berumur antara enam bulan hingga satu tahun. Ia bertujuan untuk memanjangkan otot-otot yang pendek serta memotong ligamen-ligamen yang ketat.
Sekiranya dengan rawatan simen otot kanak-kanak tersebut masih ketat, doktor akan menjalankan pembedahan memanjangkan otot-otot tumit.
Jika rawatan menunjukkan perubahan pada kaki, pesakit diberi splint plastik iaitu alat yang dapat mengekalkan posisi kaki dalam tempoh antara enam bulan hingga satu tahun.
Sekiranya dalam tempoh tersebut juga tidak menunjukkan sebarang perubahan, doktor akan melakukan pembedahan yang lebih besar.
Pembedahan ini biasanya dilakukan sekiranya kaki agak keras dan bengkok amat sukar diperbetulkan dengan simen.
Prognosis selepas pembedahan
Bayi atau kanak-kanak yang menjalani pembedahan membetulkan bentuk kaki mereka yang bengkok perlu mengikuti pemeriksaan dan rawatan susulan sehingga umur mereka mencecah tujuh tahun.
Rawatan susulan ini bertujuan untuk memastikan kaki kanak-kanak terbabit menjadi sehampir normal dan keadaan kaki yang bengkok tidak berulang.
Bagi kes-kes di mana hanya salah satu kaki sahaja yang bengkok, kebiasaannya kaki ini bersaiz agak kecil sedikit berbanding kaki yang sebelah (normal).
Namun, keadaan ini sedikit pun tidak akan menjejaskan aktiviti harian kanak- kanak terbabit. Malah, mereka boleh menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal lain.
Komplikasi
Sekiranya kanak-kanak yang menghadapi masalah ini dibiarkan tanpa rawatan, tulang kanak-kanak tersebut akan bengkok. Kesannya, kanak-kanak tersebut akan berjalan di atas bahagian tepi kaki mereka.
Jika dibiarkan lama-kelamaan kulit bahagian tepi kaki mereka akan rosak. Pada masa yang sama mereka juga tidak dapat memakai kasut seperti individu lain.
Panduan
Ibu bapa yang mendapati anak-anak mereka menghadapi masalah ini dinasihatkan supaya segera membawa anak-anak untuk mendapatkan rawatan doktor.
Ini kerana dengan rawatan awal dapat membantu anak terbabit memiliki dan menjalani kehidupan yang normal.
l Hasil satu kajian menganggarkan kanak-kanak yang menghadapi masalah ini dinisbahkan 1 dalam 1,000 orang atau 1:1,000.
l Clubfoot atau dalam bahasa Latinnya congenital talipes equinovarus ini berlaku sejak bayi masih berada dalam kandungan lagi di mana keadaan kaki kelihatan seolah-olah bengkok ke dalam.
--------------------------------------------------------------------------------

Saya masih hairan masih ada lagik Doctor yang tidak mahu mengaku kewujudan Ponseti Method. Ye saya mmg tahu tidak semua masalah clubfoot boleh diselesaikan dgn cara Ponseti tapi dengan 98% success rate, bukan kah itu hampir kepada perfect score?

Fikir balik, memang takde siapa akan betulkan artikel ini kerana dikhuatiri kan menganggu professionalisme kawan sejawat. Saya tahu saya pon bukan dari kalangan medik atau kalangan cendiakawan tapi saya masih pandai google untuk mengambil tahu mengenai clubfoot ini. So tak payah lah nak keluar paper sampai bagi salah bagi maklumat.Sangat mengharukan lah doktor yang pandai2 nak cerita pasal clubfoot ni.

On the other note, saya kan menjalani rawatan radiosurgery untuk merawat sakit saya. Saya akan cuti sakit agak lama. Doakan kejayaan radiosurgery ini, sampai berjumpa lagi ye..

Semoga bertemu di tahun 2010..

HoneyD- sila lah tolong update blog ni masa ketiadaan saya..:)

Wednesday, December 2, 2009

Bantuan Diperlukan

Hi,

Saya perlukan bantuan kepada sesapa yang ingin berkongsi pengalaman di sepanjang mendapatkan rawatan Ponseti di Malaysia. Blog ini adalah blog untuk kita berkongsi masalah, suka duka dan juga saling membantu memberi semangat untuk kawan-kawan yang senasib.

Sesiapa yang berminat, sila email kepada saya di zarinawatims@yahoo.com secepat mungkin kerana saya perlu memberi laluan access kepada anda.


-Ina

Sunday, October 25, 2009

Update : Rizq dr Melaka

Pada bulan July yg lepas, saya menerima email dari seorang bapa dr Melaka yang ingin tahu mengenai clubfoot dan rawatan kaedah ponseti. Tanpa buang masa, saya syorkan beliau menemui Dr Burhan. Kami berjumpa di HUKM, di sana kami ditemukan adik Rizq dan keluarganya dengan kakak Dania.. (maaf takde gambar sebab leka bercerita..:)

Saya telah mendapat izin dari Hazrik untuk berkongsi gambar Rizq sebelum dan sesudah simen cara Ponseti. Gambar dibawah adalah gambar sebelum adik Rizq mendapatkan rawatan Ponseti.


Sebelum ini, adik Rizq mendapatkan rawatan di Hospital kerajaan di Melaka. Sama seperti Dania, rawatan pertama kurang memuaskan tambahan lagi kedua belah kaki adik Rizq masih lagi bengkok. Gambar dibawah adalah selepas berjumpa Dr Burhan & Dr Sharaf di HUKM. Kaki adik Rizq perlu disimen semula, tenotomy, simen sehingga 3 minggu, dan inilah hasilnya.



Dlm tempoh hampir 3 bulan, kaki adik Rizq sudah kelihatan seperti normal. Gebunye kaki adik Rizq mcm ala ala tayar Michelin..:)
Hanya satu nasihat untuk Hazrik & Linda sekeluarga, jangan lupa urut kaki anak setiap kali pagi dan malam, dan jangan lupa kasut istimewa anak kita perlu dipakai sepenuh masa dlm 3 bulan pertama dan disusuli diskaun 2 jam pada bulan2 berikutnya, dan seterusnya selama 12 jam pada waktu malam. Kasut ini perlu diapakai sekurang2nya 3 tahun.Walaupon kita pegi travel jauh sekalipun, kasut itu perlu dibawa bersama. Biarpon adik Rizq tidak selesa dgn kasut ini tapi sebagai ibubapa kita kene disiplin untuk mengelakkan dari bengkok kembali.
Gembirakan hati anak anda semasa memakaikan kasut 'braces' ini, ceritakan kenapa dia perlu memakai kasut ini. Mudah2an anak2 kita faham. Sekiranya dia menangis, tabahkan hati dan teruskan pujuk anak tanpa mengalah.
Terima kasih Hazrik kerana sudi membenarkan author berkongsi gambar adik Rizq.

Monday, October 19, 2009

Thank You, Doctor, we will miss you..

Dr. Ignacio Ponseti, father of the Ponseti Method, a revolutionary nonsurgical means of treating clubfoot in babies, died Sunday, University of Iowa spokesman Tom Moore said. He was 95. Ponseti treated thousands of babies and children with his method at University of Iowa Hospitals and Clinics and trained doctors around the globe to use it.

Dr Ignacio Ponseti, pencipta Ponseti Method, kaedah revolusi merawat clubfoot tanpa pembedahan di kalangan bayi, hari ini meninggal dunia pada usia 95 tahun. Beliau telah merawat ribuan bayi dan kanak2 dengan kaedah Ponseti di Klinik Hospital Iowa University dan telah melatih ramai doktor untuk mengaplikasikan kaedah tersebut.

Semoga Tuhan mencucuri rahmat beliau.

Saturday, October 17, 2009

Dr Ponseti dikhabarkan sakit kuat


Salam semua,

Mungkin anda tidak pernah kenal atau tidak pernah ada peluang untuk berkomunikasi dengan lelaki ini. Tetapi lelaki inilah mencipta kaedah ponseti yang digunakan untuk membaik kaki anak anda tanpa perlu pembedahan besar.

Lelaki inilah yang memujuk saya untuk tidak putus asa dan menyarankan saya berjumpa dengan Dr Amnuay di Bangkok untuk menerima rawatan. Kami sekeluarga amat berhutang budi pada beliau. Walau kami hanya berkomunikasi melalui email, kesan dan budinya sangat besar pada kami.

Dikhabarkan Dr Ponseti kini sedang sakit kuat dan terlantar di hospital Iowa, Amerika Syarikat. Moga beliau kembali sembuh atau sekiranya Allah ingin menjemputnye pulang, moga beliau dirahmati walaupon beliau bukan seagama dengan kita.

Kawan2, doakan lah kesejahteraan untuk kesihatan beliau...amin!!

Saturday, September 19, 2009

Eid Mubarak


Salam AidilFitri, Maaf Zahir & Batin..kepada yang terlibat dengan perjalanan Clubfoot ini..:)


-Ina, Imran & Dania

Thursday, September 3, 2009

Perjalanan Clubfoot Dania

telah diedit pada 130909...

Selain daripada terjemahan bahasa inggeris ker bahasa melayu berkenaan dengan Kaedah Ponseti pada posting bertarikh 19hb March, saya menyimpan keinginan untuk menceritakan perjalanan saya sekeluarga untuk mengubati Clubfoot anak saya, Dania untuk dikongsi bersama dengan pembaca khusus dari Malaysia.

Untuk pengetahuan pembaca semua, saya anak kedua dari 5 adik beradik dan saya seorang yang 'vocal' (lantang bersuara), saya tidak malu bertanya sekiranya saya kurang pasti dan oleh kerana saya sudah 8 tahun kerja dengan syarikat Jepun, saya diasah untuk mencari 'root cause' atau punca sebenar secara bertubi2 bagi sesuatu masalah dan mesti di akhiri dengan penyelesaian atau jalan-jalan yang boleh menyelesaikan masalah berkenaan.

Saya berjaya melahirkan seorang anak perempuan pada 1hb April, 2009 setelah 4 tahun berkawin dan setelah 3 kali keguguran akibat masalah pintu rahim yang mudah terbuka pada trimester kedua. Seperti saya katakan tadi, saya tidak mengenal erti putus asa dan saya tidak takut untuk mencuba mengandung lagi.

Semasa Dania lahir, jururawat yang menyambut kelahiran anak saya, memberitahu yang kaki anak saya ada bengkok sedikit. Saya ada menanyakan kenapa tetapi jururawat berkenaan menyuruh saya bertanya sendiri kepada doctor. Saya juga sempat melihat kedua belah jari kaki anak saya hitam lebam, begitu juga jari2 tangan.Anak saya ditempatkan didalam NICU kerana pramatang 33 minggu dan juga saya adalah GBS-carrier.

Saya khabarkan kepada suami dan ibu tentang keadaan kaki anak saya. Maklumlah Dania dilahirkan di Hospital kerajaan, oleh itu keadaan di NICU tidak mesra penjaga membantutkan hasrat kami untuk mengetahui lebih lanjut. Kalau ada apa pon, jawapan diberikan acuh tak acuh sahaja. Kawan2 semua bertanya kenapa saya memilih untuk bersalin di hospital kerajaan sedangkann saya mampu bersalin di hospital swasta yang serba canggih. Jawapannye senang saje. Ibu saya adalah pekerja hospital tersebut dan saya adalah pesakit yang diawasi dengan sepenuhnya oleh Pakar Kanan Perbidanan yang terbaik di hospital berkenaan. Insya allah kalau ada rezeki, sekiranya saya megandung lagi, saya pasti akan memilih hospital swasta.

Pada hari kedua kelahiran Dania, kami dibawa ke Unit Carakerja yang kononnye boleh membantu memperbaiki kaki Dania. Kaki Dania dia urut, dan mungkin keadaan urat yang ketat, Dania menangis dengan sangat kuat. Inilah hasil lawatan kami ke Unit Carakerja.

Splint ini tidah dibenarkan dibuka walau pon hanya seketika. Tapi kami buka jugak splint tuh, tak nampak perubahan pon.


Kami tidak puas hati, dan kami mengambil keputusan pegi ker hospital swasta berdekatan untuk pendapat kedua. Doctor kenalan ibu mencadangkan agar kaki Dania disimen untuk hasil lebih baik. Beliau mengarahkan kami ke Unit Orthopedic di hospital kerajaan tersebut untuk mendapatkan rawatan.Sejak dari itu kaki Dania disimen yang dilakukan oleh pembantu hospital sahaja. Disini naluri ibu saya dicabar kerana Dania menangis dan melalak tanpa henti.

Setelah 2 bulan bersimen, masih tidak banyak berubahan. Kakak ipar saya mencadangkan kami ke HKL untuk rawatan selanjutnya dan kakak memberitahu ramai pesakit yang mempunyai masalah clubfoot mendapatkan rawatan di HKL. Kami pon memindahkan kes Dania ke HKL. Pada masa yang sama kami juga melayari internet untuk mencari jawapan.

Pada masa ini, saya sudah mengalami sakit kepala yang teramat sangat. Saya tidak berjaya menyusu badan anak saya lebih dari 3 bulan kerana saya perlu mengampil pil anti sakit untuk masalah sakit kepala.

Di HKL, pakar Orthopedic yang membuat simen/'casting'. Nampak perubahan sedikit tetapi masih belum meyakinkan lagik. Dania masih menangis, melalak. Airmata mmg nak gugur dah setiap kali Dania disimen.Dania dijadualkan menjalani satu pembedahan 'tenotomy' iaitu memotong tendon yang degil. Tidak ada satu doktor pon menerangkan kepada kami kenapa pembedahan ini perlu dilakukan, berapa lama, apa yang mereka akan buat, dan berapa lama tempoh penyembuhan.

Dania kes yang pertama dan pada pukul 1o pagi doctor membuat lawatan. Pakar Kanan yang hadir ada mengatakan yang sebenarnye kaki Dania belum sedia untuk pembedahan. Tapi mereka masih melakukannya. Saya simpan perasan marah sebab saya sakit kepala. Pakar tersebut ada mengatakan mereka akan bantu apa yang boleh untuk Dania. Kaki dania disimen selama 2 bulan. Pakar yang membuat pembedahan ini adalah lelaki. Kami ingat muka doktor ini sebab muka dia pucat semasa Dania datang untuk pemeriksaan susulan.

3 bulan kemudian, Dania di jadualkan untuk pembedahan kali ke-2. Oh ye kedua2 pembedahan ini dilakukan di dalam Bilik Pembedahan Paedetric. Pembedahan yang ke-2 mengambil masa yang agak lama dari pembedahan yang pertama. Kali ini saya diberitahu Pakar perempuan yang akan menjalankan pembedahan tersebut. Kami juga diberitahu bahawa Pakar yang membuat pembedahan pertama Dania tempoh hari sakit teruk. Kaki Dania disimen sehingga 2 bulan.

Hari Raya pertama Dania, kakinya bersimen. Tapi Dania masih kecil untuk memahami semua yang dialami olehnya. Saya masih lagi sakit kepala, berdenyut dan tapi saya masih gagah untuk pegi bekerja.

Suami saya ditugaskan berkerja di Canada pada Nov 2007 selama sebulan dan saya ditinggalkan sendirian bersama Dania. Walaupon kepala saya berdenyut dan sakit sangat teruk, saya berjaya memandu dari Subang Jaya ke HKL. Saya pernah pengsan dirumah ketika bersama Dania. Suami saya sempat menelefon ibu saya untuk datang menjenguk.

Kepulangan suami saya diraikan di Hotel Legends tetapi saya pengsan lagi ketika berada di hotel tersebut. Pakar di SJMC mengatakan jangkitan telinga semakin pulih dan Pakar disebuah hospital kerajaan menjadualkan saya membuat CT Brain scan setelah saya mengadu penglihatan kabur dan saya tidak boleh berjalan lurus. Pada masa ini Dania masih bersimen.

Nak lihat cara simen HKL?


Oleh kerana saya dianugerah oleh Allah swt dengan semangat yang kental, saya diberi peluang untuk hidup untuk kali kedua setelah selesai menjalani pembedahan 10 jam untuk membuang ketumbuhan di dalam otak (Brain tumor) pada 18 January 2008.


Saya dan ibu saya pergi ke Umrah pada April 2008, untuk sujud syukur atas Nikmat Allah berikan saya dan saya juga tidak putus2 doa untuk melihat kaki Dania sembuh seperti kanak2 biasa.

Doa saya dimakbulkan. Alhamdullilah. Setelah saya pulang, Saya sepatutnye membawa Daia ke HKL untuk pembedahan kali-3. Entah apa pulak yang hendak dibuat pakar2 ini. tetapi hati saya sangat berat dan saya menulis email kepada Dr Ponseti dan Dr Matthews Dobb utk mendapatkan pendapat mereka.

Dalam tempoh 24 jam, saya mendapat jawapan dr mereka dan mereka setuju dengan tindakan saya yang tidak membenarkan apa2 lagi pembedahan dilakukan kepada kaki Dania. Dr Ponseti juga mengkritik cara simen yang dilakukan oleh pakar HKL dan juga dia juga mengatakan kaki Dania belum pulih sepenuhnya walaupon setelah ada 2 pembedahan dilakukan.

Dr Ponseti mencadangkan kami ke Bangkok dengan segera untuk rawatan yang lebih bagus. Kami berangkat ke Bangkok setiap minggu bermula May 2008. Dengan sekali simen sahaja, perubahannye sungguh ketara. Kaki anak saya tidak jengket lagik. Ada pakar di HKL mengatakan kaki anak saya pendek sebelah dan kaki anak saya tidak boleh diperbaiki dengan hanya cara bersimen. isk isk isk. Nak lihat cara Dr Amnuay simen kaki Dania?


Dengan hanya 4 kali simen (dalam tempoh sebulan), anak saya sudahpun memakai kasut Ponseti (Mitchel braces) selama 4 bulan penuh. Pada bulan September 2008, Dania genap
1 tahun 5 bulan. Tiada tanda2 yang dia nak berjalan sendiri. Macam2 tawaran saya berikan kepada Dania termasuklah LCD 29" warna pink. Dr Amnuay menyarankan waktu pemakaian kasut Ponseti hanyalah pada waktu malam dan nap time.

Pada 14hb Februari 2009, pada usia Dania 22 bulan, kami suami isteri dikejutkan dengan satu kejutan yang sangat menggembirakan hati kami. Pada hari tersebut, Dania bangun dan terus berjalan tanpa henti. Sebagai meraikan kejayaan Dania, kami bawa Dania ke Tokyo Disneyland pada harijadinya yang ke-2.

Sebenarnye jauh lagi perjalanan kami ni. Tapi kami ingin berkongsikan pengalaman kami ini kepada ibubapa iaitu tiada mustahil dalam hidup ini. Cuma kita kene ikhtiar sikit ajek. Tabahkan hati kerana ini hanya ujian sikit dr yang Esa.

Kaki Dania perlu diawasi sehinggalah umurnya mencecah 4-5 tahun. Kalau umur saya panjang, insya allah saya akan bantu mana yang saya terdaya kepada ibubapa yang senasib dengan saya. Doakan lah saya yang masih bersusah payah melawan ketumbuhan otak yang khabarnya datang balik ni!..iskkk

Sekiranya ada pertanyaan, saya boleh dihubungi dengan email di zarinawatims@yahoo.com
facebook Zarinawati dan juga Yahoo Mesengger.

Semoga hari-hari kita diberkati..insya allah..

Ini gambar kaki Dania yang mungkin sekarang kalau orang tengok, mereka tidak akan percaya Dania ketika dahulu mempunyai kaki clubfoot..:)