Showing posts with label POP. Show all posts
Showing posts with label POP. Show all posts

Monday, January 3, 2022

Teenager clubfoot progress

Happy New Year everyoneπŸ˜˜πŸ’˜πŸ’˜

Entry kali ni nak bercerita ttg clubfoot remaja..yelah kan anak den dah masuk 15 tahun pada tahun 2022 ni..

Agak mengecewakan bila ada yg dah stop brace bila umur anak baru 3 tahun..

Even lah doctor tuh discharge, continue je lah pakai brace sekiranya tiada halangan..

Kalau relapse, tak pasal je kena pasang simen balik...tak ke aniaya anak ?

Ponseti International memang recommend pemakaian brace until umur anak 5 tahun..

Makanya, bila ramai dah tak pakai brace Lepas umur 3 tahun, ramai lah mengadu anak jalan kaki ke dalam (toeing in)

Maaf lah .. Anak sy pakai brace sampai umur 5 tahun..mmg discipline..

Kaki Dania pernah relapse akibat jahilnya doctor dan kami 14 tahun dulu..

So rawatan dah sampai ke Bangkok, takkan nak buatkan kaki anak relapse pula?

Keraskan hati..jalan terus..

Dia pandai buka brace, kita bangun dan pakaikan balik..

Kau culas, kaki cacat balik...nak ke?

It belum lg termasuk culas follow up..

Masing2 ada kekakangan, sy tahu..

Tapi cuba lah selesaikan once and for all..


Kaki anak clubfoot mmg boleh treated and boleh berjalan ya..

Penat dan dah berkali2 cakap..

Tapi ada juga yg lompat bintang bila anak dah start jalan..

Bila dah start rawatan, cara berjalan tuh yg membezakan anak u clubfoot atau tidak..

Ini latest kaki Dania...flatfoot kat normal feet belum hilang...





"beautiful right foot"-Dr Amnuay 2/1


Tuesday, September 21, 2021

Iowa Brace

 

Disclaimer : Ini bukan post berbayar..I tak perlu jual brace dan sampai sekarang I taktau price brace ni..I am here to assist you whatever I can..selama ni pon takde yg bayar i untuk buat blog ni..so??

(All photos credit in this post are from clubfoot solution website)

Apa benda pula Iowa Brace ni?

Another brace invented by Americans as improvement of Mitchell Brace. Dr Marcuende is one of the team.

Nak jadi cerita, last year I was waiting for MD Orthopedics to reply me on the issues highlighted by few parents mainly due to delivery leadtime. Yelah masa tuh Pandemic covid 19 ni baru start and delivery banyak delay.

So Ponseti International approached me and introduce me to Mr Todd Becker, the MD of Clubfoot Solutions. He is very humble and very passionate about clubfoot treatment. After few times communicate each other on clubfoot matters,  he sent me about 20 Iowa braces. He would like to distribute to whoever needed it most, and most importantly he wants our feedback.

So I decided to prioritise those who really serious on fixing her clubfoot child but can not afford to buy Mitchell, of course must be the member of Clubfoot Malaysia. I have approached few doctors to give me any contact of those in need.

So kelebihan Iowa Brace?




Ini dari pemerhatian saya as comparison to Mitchell Brace. 

✨ Iowa bar tidak mudah dibuka sendiri. However, ada satu clip ni kalau diletakkan ke lubang bar, ia akan mudah untuk mengeluarkan bar.

✨ Material dia adalah fabric dan selesa sebab ada padding yang bagus. Unlike Mitchell diperbuat dari sintetik kulit yang lembut. 

✨ Agak berat berbanding Mitchell. 

✨ Hanya memerlukan flexbar dan boleh dipakai dlm tempoh masa yg lama.

πŸ’• dikatakan lebih murah dr Mitchell kerana it was mess production tetapi sampai sekarang saya tidak tahu berapa price brace ini.

Tapikan saya tetap prefer Mitchell Brace..😍

saya memang hardcore Mitchell Brace..Yang mana kata Dr Amnuay sendiri kata semua brace sama tuh maknanya korang tak kenal dia. He never condemn any brace but he told me Mitchell Brace is the most wonderful, magical n most effective brace. Teringat ada satu member ni siap copy paste ayat Dr Amnuay bagi kat i..

Semata sebab dia terbeli lain brand nak sedap kan hati...aduhaii 😜

Saya masih ada lagi few more size to give away but kena ikut syarat kelayakan..stok terhad..

Please email me if you are interested..

Sunday, September 19, 2021

FAQ during casting / Soalan Lazim ketika fasa simen

 Okay sekarang Doktor dah sah kan anak kita ada clubfoot..Pastikan doctor yang confirmkan diagnosis tuh ialah Pakar Ortho kanak-kanak...bukan Ortho Am ya...So, what's next?

Cuba tengok diagosis - positional atau structural clubfoot? 

POSITIONAL CLUBFOOT - Alhamdulillah...anak tidak perlu lalui rawatan Ponseti. Sekadar routine physio..TIDAK PERLU PAKAI SPLINT...positional ini hanya habit sementara..Kena faham itu dulu

STRUCTURAL CLUBFOOT - Alhamdullilah..berdoa pada Allah swt semoga dicekalkan hati untuk menempuh satu fasa yang agak lama dan permulaan yang agak rumit..

So, what's next..

Boleh start pembacaan sambil menunggu next appointment..

For your lifetime reading Klik -----> Ponseti International

Baca dan fahamkan..dan mulakan perbincangan dengan spouse atau keluarga..

Yang mana single father/mother...boleh start discuss dgn kawan rapat atau keluarga untuk fahami rawatan Ponseti, jangka masa dan belanjawan...

Untuk support group Klik -----> Clubfoot Malaysia

Admin akan minta gambar untuk pengesahan kes dan beberapa soalan perlu di jawab untuk mengelakkan spam dari orang yang tidak sepatutnya..

Boleh baca cara penjagaan ketika bersimen Klik - Casting Care

Saya dah terjemahan kan dalam bahasa melayu Klik ---> Penjagaan Simen.PDF

So kita mulakan, soalan lazim semasa pemakaian simen..

1. Apakah jenis simen yang akan doktor gunakan?

Ponseti Method/Kaedah rawatan ponseti method akan dimulakan dengan plaster of cast iaitu pemasangan simen yang dipeerbuat dari kapur..

Jenis simen untuk bayi ..kebiasaan POP ( Plaster of Paris)..lembut dan mudah lentur..

Untuk toddler (untuk kes2 relapse dan juga kaki bersaiz besar), doktor akan memilih jenis fibre glass..

2. Berapa lama proses pemakaian simen?

Bergantung dengan reaksi bayi ketika itu..Sekiranya baik (tidak menangis), akan mengambil masa dalam 45 minit ke 1 jam .. Sekiranya menangis dan struggle, agak sukar untuk meneruskan pemakaian pop.

Yang penting, jangan biarkan kaki anak tanpa simen lebih dari 2 jam..

3. Kenapa anak saya menangis ketika simen di pasang?

Sesuatu yang baru yg tidak selesa pada bayi, cara mereka (bayi) berkomunikasi ialah menangis. Bukan sebab sakit ya, tetapi sebab tidak selesa..

Sebaiknya, PUJUK anak dengan beri minum susu, atau apa saja yang boleh melekakan anak..nak senang - tidurkan anak..

Penting untuk seorang doktor untuk memastikan cara manipulation ketika menyimen..Kerana kalau silap simen, kaki clubfoot anak berkemungkinan menjadi lebih teruk..

Di Bangkok, seperti yang saya tulis sebelum ini, Dr Amnuay akan menidurkan bayi sebelum simen dengan memberikan sedikit ubat batuk..Oleh itu, anak2 kami akan tidur sepanjang Dr Amnuay memasangkan simen.

Di HKL & HTJ, Dania akan menangis sepanjang simen dengan kuat sekali..Jadinya kami dapat merasai pengalaman bayi menangis ketika bersimen..

4. Simen anak saya melurut (slipped off), apa perlu saya buat?

Buka simen menggunakan air suam, dan segera ke hospital untuk pemasangan simen semula. INGAT!! sekiranya kaki anak anda tidak disimen sewaktu frasa simen selama lebih dari 2 jam, besar kemungkinan kaki akan kembali ke kejadian asal atau kita akan panggil early relapse..

5. Jari-jari kaki anak saya tidak bergerak dan kebiruan, apa perlu saya buat?

Bukan simen dengan menggunakan air suam dan segera ke hospital untuk pmeriksaan dan juiga pemasangan semula simen,,.Jari2 kaki perlu bebas bergerak untuk pengaliran darah yang baik..Jangan biarkan kaki anak sampai keBIRUan..

6. Anak saya menangis tidak berhenti selama beberapa  hari, apa yang perlu saya lakukan?

Sekali lagi saya katakan, menangis adalah salah satu cara bayi kita berkomunikasi.

Simen tidak sepatutnya menyakitkan kaki anak..Kaki anak mudah dilentur ketika masih bayi,,.

πŸ‘‰ check jari2 kaki , pastikan boleh bergerak bebas

πŸ‘‰ check sekeliling simen, ada kesan darah atau apa sahaja yang boleh membuat bayi tidak selesa

πŸ‘‰ sekiranya kaki anak jenis sensitif, pakaikan olive oil atau lotion yang bagus bagi mengelakkan rashes kerana simen boleh membuat kaki anak jadi sensitif dalam jangka suatu masa yang lama.

πŸ‘‰ Comfort him, dengan cara dukung/pelukan, pujuk, beri susu atau mainan yang boleh melekakan..

7. Perlukah anak saya mandi?

Kene faham, p.o.p. sangat sensitif dengan air.

Sekiranya badan anak berpeluh, salah satu option yang kita ada ialah mengelap badan anak dengan towel yg bersih..

Anak saya dulu saya tak mandikan..Cuma 5-7 tahun yang lepas, bekas pengasuh ada bercerita, taska ada memandikan dania ketika dia bersimen.. Mereka membalut simen Dania dgn plastik, dan letak basahkan dania yang didudukan di dalam besen mandi..

Allahuakhbar..kalau menyusahkan, tidak perlu mandi ya..cukup sekadar lap basah pada badan anak..

Simen POP ni mudah cair dengan air..

8. Anak saya sudah bersimen sebanyak 15 kali, adakah ini biasa?

LUAR BIASA!!..Berhenti dari jumpa doktor tersebut dan cari lah doktor yg lebih baik..

Sejujurnya dari pengalaman, belum ada lagi doktor pakar di negara kita yang konsisten dengan hasil rawatan clubfoot terutamanya kes kes atypical clubfoot, complex clubfoot dan juga relapse.

9. Kenapa simen kaki anak saya nampak berat dan tebal?



Kami cadangkan bandingkan bentuk simen di atas dengan cara simen kaki anak. Tidak sepatutnya simen yang dipasang perlu tebal. Simen yang baik ialah simen yg berjaya dibentuk berpandukan Serial Casting Cara Ponseti dan juga cara manipulasi yang baik.

Dan ini simen yang dipasangkan kepada anak saya Bumrungrad, Bangkok vs HKL..



10. Siapa perlu simen kaki anak saya? MA atau doktor pakar?

Sebaiknya doktor pakar atau doktor yang memeriksa kaki anak kita perlu memasang simen itu sendiri kerana dia telah memeriksa dan meneliti kaki tersebut sebelum dan selepas simen yang sebelumnya.

Namun begitu, tidaklah salah sekiranya MA yang menyimen kaki anak. Yang penting doktor pakar ada bersama dan MA tidak menyimen TANPA mengikut progress serial casting tersebut. Kalau tak silap, banyak dah workshop yang MA attend utk memasang simen clubfoot sejak 2008.

Sekali lagi, baca lah segala info yang ada di ponseti.info/

Blog ini dan FB group yang saya create tidak menjanjikan bulan dan bintang, tapi Insya Allah kami kan telus dan kritis demi membantu rawatan kaki anak clubfoot anda berjaya sepertimana kaki anak kami.

Till then..