Thursday, September 16, 2021

Kepentingan menyertai Clubfoot Malaysia

First of all..berlapang dada bila kita dapat tahu kaki anak bengkok ke dalam or twisted..

CTEV, Clubfoot, kaki ke dalam etc...

Insya Allah..Niat kita hanya satu IAITU membantu kaki anak kita pulih..

tapi bagaimana?

Haaaaa...ada sebab kenapa Allah izinkan makhlukNya untuk mencipta GOOGLE..

bukan untuk mencari pasal atau perkara yang tak berfaedah..tetapi lebih kepada membantu kita mencari jawapan..


SO LET'S GOOGLE...



Anda semua bertuah kerana banyak website dari Malaysia ada meringkaskan apa itu Clubfoot.

So kenapa saya tak jumpa Clubfoot Malaysia??

Clubfoot Malaysia ni mula2 diperkenalkan pada tahun 2008..

Ada yang masih bersekolah lagi kan masa ni?

Clubfoot Malaysia merupakan satu kumpulan sokongan yang terdiri daripada IbuBapa dari tahun 2008 yang sama2 gigih mencari, mengenali dan juga membuat self-research tentang clubfoot.

Apa yang membezakan Clubfoot Malaysia dsengan kumpulan lain?

Kami Pro-Ponseti.

Testimonial kami dari Ponseti treatment tidak kira dari Bangkok mahupon tempatan.

Kami akan kongsikan segala pengetahuan, pengalaman buruk kami semasa anak kami sendiri menjalani rawatan yang salah untuk dijadikan ikhtibar dan pengalaman yang manis apabila rawatan itu berjaya.

Apa rahsianya kejayaan kami?

Kami strict. Ikut betul2 kaedah rawatan Ponseti method.

Kami baca Ponseti.info/ dan kami bertalu2 membaca dan bertanya kepada doctor yg pakar dlm bidang Ponseti ini. In my case, Saya begitu rapat dan mempunya hubungan yg baik dgn Dr Amnuay.

Saya banyak merujuk pada beliau sekiranya ada referrral kes yang agak rumit.

Alhamdullilah, Dr Amnuay tidak pernah jemu dan tidak lokek berkongsi pendapat.

Kami tak beri harapan palsu.

Kami mengingatkan perkara yang perlu dihindarkan walau pon pedih. Ada yang terasa ada yang terambil hati. Tapi percaya lah, kami hanya mahukan yang terbaik.

Kami tidak memaksa anda tapi kami mahu anda memberi peluang kami memberikan jawapan jujur kami. 

Kami tidak membuat keuntungan atau side income dari blog atau group ini. Gerakan kami seperti NGO-NGO yang lain. 

Kami tidak perlu menjual brace. Namun begitu, kami AMAT menesyorkan pemakaian Mitchelle Brace (yang terbaik setakat ini). Doktor kami di Bangkok sendiri hanya memilih Mitchell Brace untuk frasa bracing...

Tapi memang adakan doctor yang taktau tentang kewujudan Mitchell Brace ni..itu maknanya dia  belom habis study lagi tentang Ponseti Method ni...kesian betul..

So kalau anak2 clubfoot memakai Mitchell Brace atau Dennis Brown boleh lah kami beri pendapat. Yang pakai brace brand lain tuh kami takde pakar untuk dirujuk. Tapikan better u all consider to join kami ..sebabnya kami mmg serious and strict..:)

Kenapa Mitchell Brace ? ini lah brace yang terbaik, FULL STOP!

Bukan semua brace sama?

Penggunaan dan objectives memang sama tetapi keberkesanan, penjimatan Mitchell Brace masih lebih baik dan sangat berkesan. Hey ini Dr Ponseti invent sendiri tauuuu!!

For next post, saya akan cerita serba seikit tentang Iowa Brace yang telah diperkenalkan kepada saya oleh Clubfoot Solution dengan kerjasama Ponseti International.

No comments: