Lama tak update..
Tiba rasanya perlu mengupdate..bila yg bukan-bukan masih lg berlaku..Sebagai admin Clubfoot Malaysia dan bagi mengelakkan bukan sebarangan orang yg join group kami, ada few questions yg wajib di jawab oleh ibu ayah / waris yg ingin menyertai support group kami.
So recently yang datang nak join group agak mengecewakan.
1. Simen sahaja dah lebih 7x..ada yg lebih drpd 10x..dah kenapa tu?
2. Doktor kata tak perlu simen tapi pakai brace...doktor tu dah satu hal..yg kamu ikut tu dah kenapa??
3. Doktor suruh pakai brace tp kaki masih x lurus dan heel pon tak cantik..tapi dah teno ..acaner tu??
4. Brace selalu tercabut n dah tidak dpt 23 jam for 1st 3 months. Dah tu apsal x pulang kan balik brace tu kepada si penjual atau call doktor minta advise?
5. Brace kene ganti tak sampai 3 bulan...brace ni kene pakai bertahun2 tau..bukan setahun 2 je..so kenapa nak buang duit beli brace banyak kali??
6. Kaki tak lurus excited nak beli brace..tak study mana brace yg lebih elok...main ikut je telephone no yg diberikan doctor...alih2 kaki anak tak ready..rasa tertipu...
7. Tukang jual brace jual tanpa memeriksa/menjenguk keadaan kaki anak yg nak membeli tu...π€¦♀️π€¦♀️
8. Banyak kes kene simen semua tapi brace dah beli so kene beli lain pula..membazir betul
9. Join berbulan2 group support tapi treatment unsuccessful. eh admin group tuh minat bulan bintang, unicorns dan rainbows..rasa mcm dia x minat nak tolong mantapkan lg rawatan n disiplin korang ni
10. Kata dah join support group tapi bila dah pakai brace anak boleh stay dlm few minutes je ..bila kita tengok kaki...kaki anak tuh tak ready lg ya pakai brace..
11. Masih ada yg keliru dengan positional clubfoot vs structural
Satu je lah nak pesan...
Org meniaga ni selalu nak untung..dia tak peduli pon apa jadi dengan kaki anak korang tuh...
Takdenya dia nak tolong bgtau benda yg sebenar...
Atau maybe dia pon tatau atau jenis tak kisah...
Lain kali minta je buy back kalau kene start simen balik tp dah beli brace.
Rajin2 lah membaca pasal ponseti method ni. Tak rugi pon.
All info at ur finger tips...antara rajin dan tak rajin je..
Dah tak relevant nak claim ni anak 1st saya, saya tatau apa2 ttg ni, doctor tak inform apa2, sy down, etc
Sy pon 16 tahun dulu, anak first juga, internet tak byk info, doktor pon masih blur ttg ponseti method ni
Sekarang google je. info banyak keluar. Youtube pon dah banyak.
Antara nak dan tak nak
Antara rajin dan tak rajin
Antara redha dan kesal
So?
Kita hanya ada pilihan terbaik shj utk anak kita.
Berusaha lah mcm mana pon sebab ianya perihal anak kita...