Thursday, September 3, 2009

Perjalanan Clubfoot Dania

telah diedit pada 130909...

Selain daripada terjemahan bahasa inggeris ker bahasa melayu berkenaan dengan Kaedah Ponseti pada posting bertarikh 19hb March, saya menyimpan keinginan untuk menceritakan perjalanan saya sekeluarga untuk mengubati Clubfoot anak saya, Dania untuk dikongsi bersama dengan pembaca khusus dari Malaysia.

Untuk pengetahuan pembaca semua, saya anak kedua dari 5 adik beradik dan saya seorang yang 'vocal' (lantang bersuara), saya tidak malu bertanya sekiranya saya kurang pasti dan oleh kerana saya sudah 8 tahun kerja dengan syarikat Jepun, saya diasah untuk mencari 'root cause' atau punca sebenar secara bertubi2 bagi sesuatu masalah dan mesti di akhiri dengan penyelesaian atau jalan-jalan yang boleh menyelesaikan masalah berkenaan.

Saya berjaya melahirkan seorang anak perempuan pada 1hb April, 2009 setelah 4 tahun berkawin dan setelah 3 kali keguguran akibat masalah pintu rahim yang mudah terbuka pada trimester kedua. Seperti saya katakan tadi, saya tidak mengenal erti putus asa dan saya tidak takut untuk mencuba mengandung lagi.

Semasa Dania lahir, jururawat yang menyambut kelahiran anak saya, memberitahu yang kaki anak saya ada bengkok sedikit. Saya ada menanyakan kenapa tetapi jururawat berkenaan menyuruh saya bertanya sendiri kepada doctor. Saya juga sempat melihat kedua belah jari kaki anak saya hitam lebam, begitu juga jari2 tangan.Anak saya ditempatkan didalam NICU kerana pramatang 33 minggu dan juga saya adalah GBS-carrier.

Saya khabarkan kepada suami dan ibu tentang keadaan kaki anak saya. Maklumlah Dania dilahirkan di Hospital kerajaan, oleh itu keadaan di NICU tidak mesra penjaga membantutkan hasrat kami untuk mengetahui lebih lanjut. Kalau ada apa pon, jawapan diberikan acuh tak acuh sahaja. Kawan2 semua bertanya kenapa saya memilih untuk bersalin di hospital kerajaan sedangkann saya mampu bersalin di hospital swasta yang serba canggih. Jawapannye senang saje. Ibu saya adalah pekerja hospital tersebut dan saya adalah pesakit yang diawasi dengan sepenuhnya oleh Pakar Kanan Perbidanan yang terbaik di hospital berkenaan. Insya allah kalau ada rezeki, sekiranya saya megandung lagi, saya pasti akan memilih hospital swasta.

Pada hari kedua kelahiran Dania, kami dibawa ke Unit Carakerja yang kononnye boleh membantu memperbaiki kaki Dania. Kaki Dania dia urut, dan mungkin keadaan urat yang ketat, Dania menangis dengan sangat kuat. Inilah hasil lawatan kami ke Unit Carakerja.

Splint ini tidah dibenarkan dibuka walau pon hanya seketika. Tapi kami buka jugak splint tuh, tak nampak perubahan pon.


Kami tidak puas hati, dan kami mengambil keputusan pegi ker hospital swasta berdekatan untuk pendapat kedua. Doctor kenalan ibu mencadangkan agar kaki Dania disimen untuk hasil lebih baik. Beliau mengarahkan kami ke Unit Orthopedic di hospital kerajaan tersebut untuk mendapatkan rawatan.Sejak dari itu kaki Dania disimen yang dilakukan oleh pembantu hospital sahaja. Disini naluri ibu saya dicabar kerana Dania menangis dan melalak tanpa henti.

Setelah 2 bulan bersimen, masih tidak banyak berubahan. Kakak ipar saya mencadangkan kami ke HKL untuk rawatan selanjutnya dan kakak memberitahu ramai pesakit yang mempunyai masalah clubfoot mendapatkan rawatan di HKL. Kami pon memindahkan kes Dania ke HKL. Pada masa yang sama kami juga melayari internet untuk mencari jawapan.

Pada masa ini, saya sudah mengalami sakit kepala yang teramat sangat. Saya tidak berjaya menyusu badan anak saya lebih dari 3 bulan kerana saya perlu mengampil pil anti sakit untuk masalah sakit kepala.

Di HKL, pakar Orthopedic yang membuat simen/'casting'. Nampak perubahan sedikit tetapi masih belum meyakinkan lagik. Dania masih menangis, melalak. Airmata mmg nak gugur dah setiap kali Dania disimen.Dania dijadualkan menjalani satu pembedahan 'tenotomy' iaitu memotong tendon yang degil. Tidak ada satu doktor pon menerangkan kepada kami kenapa pembedahan ini perlu dilakukan, berapa lama, apa yang mereka akan buat, dan berapa lama tempoh penyembuhan.

Dania kes yang pertama dan pada pukul 1o pagi doctor membuat lawatan. Pakar Kanan yang hadir ada mengatakan yang sebenarnye kaki Dania belum sedia untuk pembedahan. Tapi mereka masih melakukannya. Saya simpan perasan marah sebab saya sakit kepala. Pakar tersebut ada mengatakan mereka akan bantu apa yang boleh untuk Dania. Kaki dania disimen selama 2 bulan. Pakar yang membuat pembedahan ini adalah lelaki. Kami ingat muka doktor ini sebab muka dia pucat semasa Dania datang untuk pemeriksaan susulan.

3 bulan kemudian, Dania di jadualkan untuk pembedahan kali ke-2. Oh ye kedua2 pembedahan ini dilakukan di dalam Bilik Pembedahan Paedetric. Pembedahan yang ke-2 mengambil masa yang agak lama dari pembedahan yang pertama. Kali ini saya diberitahu Pakar perempuan yang akan menjalankan pembedahan tersebut. Kami juga diberitahu bahawa Pakar yang membuat pembedahan pertama Dania tempoh hari sakit teruk. Kaki Dania disimen sehingga 2 bulan.

Hari Raya pertama Dania, kakinya bersimen. Tapi Dania masih kecil untuk memahami semua yang dialami olehnya. Saya masih lagi sakit kepala, berdenyut dan tapi saya masih gagah untuk pegi bekerja.

Suami saya ditugaskan berkerja di Canada pada Nov 2007 selama sebulan dan saya ditinggalkan sendirian bersama Dania. Walaupon kepala saya berdenyut dan sakit sangat teruk, saya berjaya memandu dari Subang Jaya ke HKL. Saya pernah pengsan dirumah ketika bersama Dania. Suami saya sempat menelefon ibu saya untuk datang menjenguk.

Kepulangan suami saya diraikan di Hotel Legends tetapi saya pengsan lagi ketika berada di hotel tersebut. Pakar di SJMC mengatakan jangkitan telinga semakin pulih dan Pakar disebuah hospital kerajaan menjadualkan saya membuat CT Brain scan setelah saya mengadu penglihatan kabur dan saya tidak boleh berjalan lurus. Pada masa ini Dania masih bersimen.

Nak lihat cara simen HKL?


Oleh kerana saya dianugerah oleh Allah swt dengan semangat yang kental, saya diberi peluang untuk hidup untuk kali kedua setelah selesai menjalani pembedahan 10 jam untuk membuang ketumbuhan di dalam otak (Brain tumor) pada 18 January 2008.


Saya dan ibu saya pergi ke Umrah pada April 2008, untuk sujud syukur atas Nikmat Allah berikan saya dan saya juga tidak putus2 doa untuk melihat kaki Dania sembuh seperti kanak2 biasa.

Doa saya dimakbulkan. Alhamdullilah. Setelah saya pulang, Saya sepatutnye membawa Daia ke HKL untuk pembedahan kali-3. Entah apa pulak yang hendak dibuat pakar2 ini. tetapi hati saya sangat berat dan saya menulis email kepada Dr Ponseti dan Dr Matthews Dobb utk mendapatkan pendapat mereka.

Dalam tempoh 24 jam, saya mendapat jawapan dr mereka dan mereka setuju dengan tindakan saya yang tidak membenarkan apa2 lagi pembedahan dilakukan kepada kaki Dania. Dr Ponseti juga mengkritik cara simen yang dilakukan oleh pakar HKL dan juga dia juga mengatakan kaki Dania belum pulih sepenuhnya walaupon setelah ada 2 pembedahan dilakukan.

Dr Ponseti mencadangkan kami ke Bangkok dengan segera untuk rawatan yang lebih bagus. Kami berangkat ke Bangkok setiap minggu bermula May 2008. Dengan sekali simen sahaja, perubahannye sungguh ketara. Kaki anak saya tidak jengket lagik. Ada pakar di HKL mengatakan kaki anak saya pendek sebelah dan kaki anak saya tidak boleh diperbaiki dengan hanya cara bersimen. isk isk isk. Nak lihat cara Dr Amnuay simen kaki Dania?


Dengan hanya 4 kali simen (dalam tempoh sebulan), anak saya sudahpun memakai kasut Ponseti (Mitchel braces) selama 4 bulan penuh. Pada bulan September 2008, Dania genap
1 tahun 5 bulan. Tiada tanda2 yang dia nak berjalan sendiri. Macam2 tawaran saya berikan kepada Dania termasuklah LCD 29" warna pink. Dr Amnuay menyarankan waktu pemakaian kasut Ponseti hanyalah pada waktu malam dan nap time.

Pada 14hb Februari 2009, pada usia Dania 22 bulan, kami suami isteri dikejutkan dengan satu kejutan yang sangat menggembirakan hati kami. Pada hari tersebut, Dania bangun dan terus berjalan tanpa henti. Sebagai meraikan kejayaan Dania, kami bawa Dania ke Tokyo Disneyland pada harijadinya yang ke-2.

Sebenarnye jauh lagi perjalanan kami ni. Tapi kami ingin berkongsikan pengalaman kami ini kepada ibubapa iaitu tiada mustahil dalam hidup ini. Cuma kita kene ikhtiar sikit ajek. Tabahkan hati kerana ini hanya ujian sikit dr yang Esa.

Kaki Dania perlu diawasi sehinggalah umurnya mencecah 4-5 tahun. Kalau umur saya panjang, insya allah saya akan bantu mana yang saya terdaya kepada ibubapa yang senasib dengan saya. Doakan lah saya yang masih bersusah payah melawan ketumbuhan otak yang khabarnya datang balik ni!..iskkk

Sekiranya ada pertanyaan, saya boleh dihubungi dengan email di zarinawatims@yahoo.com
facebook Zarinawati dan juga Yahoo Mesengger.

Semoga hari-hari kita diberkati..insya allah..

Ini gambar kaki Dania yang mungkin sekarang kalau orang tengok, mereka tidak akan percaya Dania ketika dahulu mempunyai kaki clubfoot..:)





6 comments:

Min Aina Ila Aina said...

Alhamdulillah, Allah Maha Besar. Anak saya juga skrg sedang disimen. Tp terpaksa ke hosp kerajaan saja kerana itu saja kemampuan kami.

Min Aina Ila Aina said...

Alhamdulillah, Allah Maha Besar. Anak saya juga skrg sedang disimen. Tp terpaksa ke hosp kerajaan saja kerana itu saja kemampuan kami.

Unknown said...

Pm saya di email.
Khairun1983@gmail.com

Unknown said...

alhamdullilah dania dapat berjalan sekarang..dan harap puan pun akan sembuh sediakala..anak saya pun ada masalah yang sama cuma selepas lahir anak saya dirujuk terus ke fisioterapi..sekarang still pakai splint..smpai melecet&luka..baru2x nie pergi jumpa fisioterapi buat saya riso..rupanyer talipes nie kalo dibiarkan akan menyebabkan cacat kekal dan pembesaran bayi pun terjejas...sampai sekarang fisioterapi pakaikan splint katanya kaki anak xserius tapi kedua2x kaki selepas lahir anak bengkuk kedalam...adakah fisioterapi pakaikan splint pada anak saya, mmg kaki xda masalah serius??ada sesiapa yang bole bantu saya..bagitahu hospital dan doktor mana yang boleh saya rujuk..sebab sejak lahir anak saya tak pernah dirujuk oleh doktor pasal kes kaki ini.tq..

reply kekawan amat diharapkan..kalau boleh email di normeyzdin@gmail.com

mkhairuddin said...

Assalamualaikum Puan, terima kasih atas perkongsian yg amat baik skali. Mohon bantuan Puan, boleh sy dapatkan no contct pusat pembelian kasut utk CTEV tersbut? Terima kasih

Ina said...

This brace cakled Mitchell-Ponseti brace.. beli from MD Orthopedics , Iowa USA. Dia ada internationa shopping..google for their website.