Saturday, December 19, 2009

Finally i turned back to DB bar..

it's been a long time since i last writing. too busy with the workloads and problems at work.

my budak bucuk is currently 21 months old and he just started to walk about 2 weeks ago. i just couldn't believe when he stand up and begin to walk. Frankly speaking, my baby now is still wearing FAB but we no longer use Dobbs bar. Instead, we use Dennis Brown bar like previous time.

The reason why we turn back to Dennis bar is simply because of the foot condition. Maybe I have to agree with Ina since I saw it myself. Dobbs bar can be very convenient for the parents where baby mostly not making over a fuss and can freely move their legs but later on we discovered that it cannot make the foot stands flat. Mungkin disebabkan bar position yg menyebabkan kaki berjengket which is soooo frustrating to us. I’m not really good at describing words but I’ll find some other time to upload pics.

So we turned back to DB bar and Adam looks pretty ok with it.. especially in the childcare. I must thank all the staffs at the childcare for able to adhere to the instruction to make him wear FAB at least few hours even though he’s quite against it especially during nap time.
.
I found it difficult to make him wear the FAB especially at home where he will always come to me and ask me to take it off and started to show tantrums whenever I refused. But thank God, he can wear the FAB during outing and only ask me to take it off when reach home. I must say that I am not really complying to make him wear FAB for most of the times but at least I still make him wear it everyday even for few hours only. scare of relapse? of course!

Thursday, December 10, 2009

Re-introduce

Saya naik menyampah baca artikel clubfoot yang banyak bagi info yang outdated.
So, sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut tentang keadaan clubfoot anak masing2 boleh emailkan soalan2 dan juga attachkan sekali gambar terkini dan juga keadaan kaki anak ketika lahir kepada Dr Amnuay di ajirasirikul@gmail.com [ In english please].Kalau nak saya tolong translate pon boleh, email kat saya dulu di zarinawatims@yahoo.com.

Sedikit mengenai Dr Amnuay yang saya ambil dr website Bumrungrad Hospital.


Name: Dr. Amnuay Jirasirikul
Specialty: Orthopaedics (Bone) - Orthopaedic Surgery
Language: Spoken: English,Thai
Qualifications: Medical School: - M.D., Faculty of Medicine, Chulalongkorn University, Thailand, 1978
Board Certifications: - Diploma of The Thai Board of Orthopaedic, 1984
Fellowships: - Pediatric Orthopaedics, 1996
Special Clinical Trainings: - Clubfoot (Ponseti Method), Pediatric Foot, Hips and Spine
Clinic Hours : Tuesday 0900-1500

Monday, December 7, 2009

Sapa dah baca artikel ni

arkib Utusan Mingguan 06/12/09
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my


KISAH gadis kaki terbalik di New York tahun lalu menarik perhatian masyarakat dunia. Sejak dilahirkan 15 tahun lalu, Jingle Luis, tidak pernah tahu bagaimana rasanya berjalan menggunakan tapak kaki tetapi gadis itu reda dengan keadaannya.
Dilahirkan di Filipina dengan bahagian kaki depan menghala ke belakang dan tapak kaki berada di atas, Jingle cuma menggunakan tongkat ketiak
untuk mengheret apa yang sepatutnya menjadi bahagian atas kakinya.
Namun, jika segala-galanya berjalan lancar, Jingle tidak perlu lagi berdepan dengan keadaan itu. Dia dan ibunya meninggalkan Filipina untuk mengunjungi sebuah hospital di New York bagi menjalani pembedahan dan rawatan susulan untuk membetulkan keadaan kakinya sehingga dia dapat berjalan seperti orang normal.
Kes Jingle nyata lebih teruk berbanding yang biasa dilihat oleh doktor di negara -negara maju.
"Bercakap secara jujur, dengan teknologi moden, ia tidak sampai ke tahap ini," kata Dr Terry Amaral, pakar bedah ortopedik pediatrik yang melakukan pembedahan itu di Hospital Kanak-Kanak di Pusat Perubatan Montefiore.
Keadaan kaki terbalik atau kaki bengkok (clubfoot) adalah bentuk kecacatan biasa, yang terjadi kira-kira satu dalam 1,000 kelahiran. Kanak-kanak biasanya dirawat ketika masih bayi dengan acuan dan alat sokongan dapat membetulkan kedudukan kaki.
Ia menjadi semakin sukar untuk dirawat jika tidak dibetulkan sejak awal. Amaral berkata, kes Jingle sukar dengan hakikat keadaannya dikaitkan dengan kerosakan pada tulang belakang. Petikan kisah ini sebahagian daripada pesakit yang terpaksa menerima keadaan dirinya yang cacat.
Pakar bedah ortopedik Pusat Perubatan Mahkota (MMC), Melaka, Dr. Thirukumaran Subramaniam memberitahu, kaki bengkok atau lebih dikenali sebagai clubfoot merupakan salah satu daripada kecacatan pada kaki yang kerap dialami oleh seseorang bayi sejak dilahirkan.
Sehingga kini punca sebenar masalah ini masih tidak diketahui.
Terdapat pelbagai teori dikaitkan berhubung punca masalah ini. Bagaimanapun, ibu-ibu yang mempunyai anak yang mengalami masalah ini tidak perlu bimbang kerana ia bukan berpunca daripada sebarang tindakan atau perlakuan mereka yang dilakukan semasa hamil.
Dr. Thirukumaran menjelaskan, semasa tempoh kehamilan otot-otot dan ligamen kaki tersebut gagal untuk berkembang seiring dengan pembentukan kaki tersebut.
Sehubungan itu, otot dan ligamen pada bahagian belakang kaki menjadi pendek. Keadaan ini menyebabkan kaki bengkok ke bawah dan terpusing ke dalam. Malah, keadaan ini juga menyebabkan tulang kaki berada dalam kedudukan yang tidak betul.
Sekiranya keadaan ini dibiarkan, lama-kelamaan bentuk tulang akan berubah.
Sekiranya kanak-kanak tersebut dibiarkan tanpa rawatan, kecacatan ini akan menjadi lebih teruk dan akan berkekalan.
Ini termasuklah kesukaran untuk berjalan dan memakai kasut.
Pembedahan
Rawatan kaki bengkok ini bertujuan mendapat dan mengekalkan kaki yang hampir dengan kaki normal. Bagaimanapun, rawatan ini menggunakan pelbagai kaedah bergantung kepada keadaan kaki tersebut.
Namun, rawatan membetulkan masalah kaki bengkok ini haruslah dilakukan seawal mungkin.
Misalnya, pada peringkat awal rawatan kaki bayi tersebut akan diperbaiki secara berperingkat-peringkat dengan melonggarkan otot-otot dan ligamen yang ketat dengan menggunakan simen.
Simen yang dipasang pada kaki bayi terbabit akan ditukar dengan simen yang baru pada setiap minggu.
Penggunaan simen dalam tempoh permulaan ini bertujuan untuk meluruskan kaki yang bengkok berperingkat-peringkat.
Namun, sekiranya rawatan ini tidak begitu berkesan, doktor akan mengesyorkan untuk menjalankan pembedahan ke atas kanak-kanak terbabit.
Menurut Dr. Thirukumaran, pembedahan untuk penyusunan semula anggota kebiasaannya dibuat di pusat universiti dan jarang dilakukan di hospital swasta mahu pun kerajaan.
Pembedahan ini juga sangat mahal dan ramai pesakit yang tidak mampu membayar kos pembedahan.
"Namun, MMC menerima menerima pesakit sama ada tempatan atau luar negara. Ramai pesakit yang mendapat rawatan berasal dari Melaka," katanya.
Dr. Thirukumaran menjelaskan, asas kepada pembedahan ini ialah, apabila anda tidak boleh membaikinya, anggota anda akan disusun semula.
Tambah beliau, ada kes yang susah untuk dipulih dan pembedahan ini bukan satu alternatif yang baik.
Namun, pembedahan ini penting untuk mereka yang tempang, capik atau lumpuh sebelah kaki.
Dengan kemajuan teknologi dan sains, pesakit yang dibedah akan berasa lebih selesa dan dapat menempuh kehidupan yang normal. Justeru itu, ia membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) daripada kecacatan khususnya yang melibatkan anggota badan seperti kaki.
Kecacatan kaki terbalik ini terdiri daripada beberapa situasi. Ada yang mengalami kecacatan sejak lahir. Terdapat juga kes kecacatan akibat kemalangan dan trauma yang perlukan pembedahan.
"Kira-kira 80 peratus keputusan kes terjadi kerana kemalangan dan sangat rendah kecacatan terjadi disebabkan kelahiran," ujar beliau.
Kos pembedahan bergantung kepada keadaan pesakit. Kebanyakan kes memerlukan perbelanjaan RM 15,000 hingga RM 200,000 dan setengah rawatan memerlukan 12 pembedahan. bagi setengah kes, ada juga pesakit yang perlu memakai kaki palsu selepas pembedahan.
Pembedahan bayi kaki bengkok
Pembedahan biasanya dilakukan semasa bayi berumur antara enam bulan hingga satu tahun. Ia bertujuan untuk memanjangkan otot-otot yang pendek serta memotong ligamen-ligamen yang ketat.
Sekiranya dengan rawatan simen otot kanak-kanak tersebut masih ketat, doktor akan menjalankan pembedahan memanjangkan otot-otot tumit.
Jika rawatan menunjukkan perubahan pada kaki, pesakit diberi splint plastik iaitu alat yang dapat mengekalkan posisi kaki dalam tempoh antara enam bulan hingga satu tahun.
Sekiranya dalam tempoh tersebut juga tidak menunjukkan sebarang perubahan, doktor akan melakukan pembedahan yang lebih besar.
Pembedahan ini biasanya dilakukan sekiranya kaki agak keras dan bengkok amat sukar diperbetulkan dengan simen.
Prognosis selepas pembedahan
Bayi atau kanak-kanak yang menjalani pembedahan membetulkan bentuk kaki mereka yang bengkok perlu mengikuti pemeriksaan dan rawatan susulan sehingga umur mereka mencecah tujuh tahun.
Rawatan susulan ini bertujuan untuk memastikan kaki kanak-kanak terbabit menjadi sehampir normal dan keadaan kaki yang bengkok tidak berulang.
Bagi kes-kes di mana hanya salah satu kaki sahaja yang bengkok, kebiasaannya kaki ini bersaiz agak kecil sedikit berbanding kaki yang sebelah (normal).
Namun, keadaan ini sedikit pun tidak akan menjejaskan aktiviti harian kanak- kanak terbabit. Malah, mereka boleh menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal lain.
Komplikasi
Sekiranya kanak-kanak yang menghadapi masalah ini dibiarkan tanpa rawatan, tulang kanak-kanak tersebut akan bengkok. Kesannya, kanak-kanak tersebut akan berjalan di atas bahagian tepi kaki mereka.
Jika dibiarkan lama-kelamaan kulit bahagian tepi kaki mereka akan rosak. Pada masa yang sama mereka juga tidak dapat memakai kasut seperti individu lain.
Panduan
Ibu bapa yang mendapati anak-anak mereka menghadapi masalah ini dinasihatkan supaya segera membawa anak-anak untuk mendapatkan rawatan doktor.
Ini kerana dengan rawatan awal dapat membantu anak terbabit memiliki dan menjalani kehidupan yang normal.
l Hasil satu kajian menganggarkan kanak-kanak yang menghadapi masalah ini dinisbahkan 1 dalam 1,000 orang atau 1:1,000.
l Clubfoot atau dalam bahasa Latinnya congenital talipes equinovarus ini berlaku sejak bayi masih berada dalam kandungan lagi di mana keadaan kaki kelihatan seolah-olah bengkok ke dalam.
--------------------------------------------------------------------------------

Saya masih hairan masih ada lagik Doctor yang tidak mahu mengaku kewujudan Ponseti Method. Ye saya mmg tahu tidak semua masalah clubfoot boleh diselesaikan dgn cara Ponseti tapi dengan 98% success rate, bukan kah itu hampir kepada perfect score?

Fikir balik, memang takde siapa akan betulkan artikel ini kerana dikhuatiri kan menganggu professionalisme kawan sejawat. Saya tahu saya pon bukan dari kalangan medik atau kalangan cendiakawan tapi saya masih pandai google untuk mengambil tahu mengenai clubfoot ini. So tak payah lah nak keluar paper sampai bagi salah bagi maklumat.Sangat mengharukan lah doktor yang pandai2 nak cerita pasal clubfoot ni.

On the other note, saya kan menjalani rawatan radiosurgery untuk merawat sakit saya. Saya akan cuti sakit agak lama. Doakan kejayaan radiosurgery ini, sampai berjumpa lagi ye..

Semoga bertemu di tahun 2010..

HoneyD- sila lah tolong update blog ni masa ketiadaan saya..:)

Wednesday, December 2, 2009

Bantuan Diperlukan

Hi,

Saya perlukan bantuan kepada sesapa yang ingin berkongsi pengalaman di sepanjang mendapatkan rawatan Ponseti di Malaysia. Blog ini adalah blog untuk kita berkongsi masalah, suka duka dan juga saling membantu memberi semangat untuk kawan-kawan yang senasib.

Sesiapa yang berminat, sila email kepada saya di zarinawatims@yahoo.com secepat mungkin kerana saya perlu memberi laluan access kepada anda.


-Ina
 
Free counter and web stats