Sunday, October 25, 2009

Update : Rizq dr Melaka

Pada bulan July yg lepas, saya menerima email dari seorang bapa dr Melaka yang ingin tahu mengenai clubfoot dan rawatan kaedah ponseti. Tanpa buang masa, saya syorkan beliau menemui Dr Burhan. Kami berjumpa di HUKM, di sana kami ditemukan adik Rizq dan keluarganya dengan kakak Dania.. (maaf takde gambar sebab leka bercerita..:)

Saya telah mendapat izin dari Hazrik untuk berkongsi gambar Rizq sebelum dan sesudah simen cara Ponseti. Gambar dibawah adalah gambar sebelum adik Rizq mendapatkan rawatan Ponseti.


Sebelum ini, adik Rizq mendapatkan rawatan di Hospital kerajaan di Melaka. Sama seperti Dania, rawatan pertama kurang memuaskan tambahan lagi kedua belah kaki adik Rizq masih lagi bengkok. Gambar dibawah adalah selepas berjumpa Dr Burhan & Dr Sharaf di HUKM. Kaki adik Rizq perlu disimen semula, tenotomy, simen sehingga 3 minggu, dan inilah hasilnya.



Dlm tempoh hampir 3 bulan, kaki adik Rizq sudah kelihatan seperti normal. Gebunye kaki adik Rizq mcm ala ala tayar Michelin..:)
Hanya satu nasihat untuk Hazrik & Linda sekeluarga, jangan lupa urut kaki anak setiap kali pagi dan malam, dan jangan lupa kasut istimewa anak kita perlu dipakai sepenuh masa dlm 3 bulan pertama dan disusuli diskaun 2 jam pada bulan2 berikutnya, dan seterusnya selama 12 jam pada waktu malam. Kasut ini perlu diapakai sekurang2nya 3 tahun.Walaupon kita pegi travel jauh sekalipun, kasut itu perlu dibawa bersama. Biarpon adik Rizq tidak selesa dgn kasut ini tapi sebagai ibubapa kita kene disiplin untuk mengelakkan dari bengkok kembali.
Gembirakan hati anak anda semasa memakaikan kasut 'braces' ini, ceritakan kenapa dia perlu memakai kasut ini. Mudah2an anak2 kita faham. Sekiranya dia menangis, tabahkan hati dan teruskan pujuk anak tanpa mengalah.
Terima kasih Hazrik kerana sudi membenarkan author berkongsi gambar adik Rizq.

1 comment:

Ana & Ani said...

Salam Puan.. saya dpt mengesan masalah kaki anak saya setelah dia pandai berjalan... saya ingin dptkan info dr pihak puan... dimana saya perlu dptkan rawatan untuk membetulkan keadaan kaki anak saya semula... anak saya sudah berusia 1 tahun 6 bulan.. adakah anak saya masih boleh di rawat.. terima kasih puan.. saya boleh di hubungi di email suhaini@iiu.edu.my or ibuaqil@yahoo.com maklumat dr pihak puan saya ucapkan ribuan terima kasih...